Friday 17 October 2014

TIPS IBU HAMIL: BACAAN HB NORMAL vs RENDAH

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Mommies dah ready nak masak apea ye lunch ni? Ok yang penting kurangkan bahan perasa, manis dan masin dalam semua masakan anda ye~

Kami nak sharing sikit pasal HB..Apa tu HB? Kpd mereka yg tengah mengandung atau pernah mengandung mesti arif sangat pasal ni kan...ok nak faham detail, jom kita luangkan masa sekejap, baca info penting ini!!

Apa Itu Bacaan HB?

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.
Contoh Bacaan HB Normal

Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?
  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan
Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Bolehkan Anemia Dikesan Lebih Awal? Apakah Simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan

Apakah Langkah yg Perlu Diambil untuk Mengembalikan Bacaan HB yg Normal?

Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:
  • kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
  • madu (yg asli)
  • hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
  • kerang
  • sayur bayam
  • ikan bilis
  • daging
Ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah juga AMAT DIGALAKKAN mengambil supplement yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan bacaan hb anda!!!

Credit Info : http://yourhealthshoppe.blogspot.com/2014/02/tips-ibu-hamil-bacaan-hb-normal-vs.html


Macamana saya nak dapatkan set vitamin tu semua??? Jangan bimbang..boleh hubungi kami sekarang!!! Apa yang best, anda boleh kumpul point dan generate income drpd vitamin yang anda makan. JOM SIHAT BERSAMA!!!


(SMS/Whatsapp)
012.643.4481 atau 012.913.7381
  

COD : Area Lembah Klang

                                     
Facebook (1) : 
https://www.facebook.com/outlethazmiprecious  

Facebook (2) : https://www.facebook.com/pages/Amway-Agent-Fahmi/1546869478858747?fref=ts



Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment