Aduh, remuk hati bila mengenang diperlakukan begitu. Tapi itulah dia hakikat yang perlu dihadapi oleh kita sekiranya kita mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan orang lain.
Mari kita lihat apakah punca bau badan ini boleh berlaku
Punca Badan Berbau
1. Mandi yang tidak bersih
Mandi ala kadar level mandi koboi je. Sehari mandi sekali sahaja atau tak mandi langsung!
2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam
Dari pagi sampai ke malam asyik pakai baju yang sama je. Ada segelintir orang pulak hampir seminggu asyik pakai pakaian yang sama. Tak reti-reti nak tukar ke?
3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri.
Bulu ketiak pernah dicukur tak? Macam mana bau badan tak keluar, peluh terperap di balik bulu yang merimbun tu. Uwekkkk
4. Faktor pemakanan.
Pengambilan bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya juga antara penyebab bau badan jadi kurang menyenangkan tau.
5. Masalah penghadaman ( sembelit ) dan kegemukan.
Sekiranya ini berlaku, ini petanda toksin dalam badan anda telah terkumpul lalu mengeluarkan bau tidak menyenangkan itu.
6. Faktor genetik.
Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja terlalu aktif.
0 comments:
Post a Comment