Sunday 14 September 2014

Emosi Tidak Tentu

Di hujung kehamilan ada ketikanya ibu mudah bermimpi atau membayangkan pelbagai persoalan seperti di atas. Ibu sering membayangkan wajah bayi yang bakal lahir, atau memikirkan apa yang bakal berlaku sekiranya proses kelahiran tidak berjaya dan menyebabkan dirinya menemui ajal.


Banyak lagi persoalan yang bakal timbul. Membayangkan satu-satu perkara itu tidak menjadi salah. Namun, jangan melampaui batas sehingga menjejaskan pertimbangan ibu dan hilang keyakinan diri.

Persediaan Emosi

Kesakitan ketika bersalin adalah perkara lumrah yang tidak dapat dielakkan sama anda melalui kelahiran biasa atau induced (paksa), ataupun Caesarean (bedah).


Sebagai seorang ibu Muslim, anggaplah kesakitan itu merupakan penghapus dosa. Mudah-mudah Allah membersihkan diri kita dari sebarang dosa.

Ingatlah Allah telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa ibu yang melahirkan anak kerana Allah memang menciptakan wanita dengan kemampuan untuk melahirkan anak. Walaupun terdapat kes ibu yang meninggal akibat melahirkan anak, tetapi beringatlah bahawa Allah telah menjanjikan syurga bagi ibu yang meninggal kerana melahirkan anak.

Persediaan Rohani

Tingkatkan amalan rohani sepanjang kehamilan. Ini juga termasuk kepada kaum bapa. Kaum bapa digalakkan berpuasa sunat. Ibu hamil boleh melakukan ibadat sunat ini sekiranya tidak menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.






0 comments:

Post a Comment