PERINGKAT PERTAMA adalah ketika serviks terbuka selebar 10cm
PERINGKAT KEDUA adalah apabila bayi bergerak ke bawah melalui faraj dan dilahirkan
PERINGKAT KETIGA apabila uri keluar melalui serviks
1. PERINGKAT PERTAMA
- Sebelum proses kelahiran bermula, serviks menjadi panjang dan tegang. Jam pertama kelahiran, otot uterus (rahim) kontrak dan membantu memendekkan dan melembutkan serviks agar ia boleh membesar.
- Serviks akan terbuka selebar 10cm
- Ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.
- Bagi ibu hamil kali pertama, peringkat ini boleh bertahan selama 11 jam.
- Bagi ibu yang hamil lebih dari dua kali, ia boleh bertahan selama 6 1/2 jam.
Tanda-tanda kelahiran
- Kontraksi
- merupakan pengecutan otot rahim yang bermula dengan rasa sakit pada bahagian belakang atau bahagian paha. Seterusnya, rasa sakit di dalam perut seperti sakit datang haid yang teruk. Kontraksi akan bermula dari 30 hingga 40 saat dan tidak teratur. Sekiranya kontraksi berlaku dalam selang 5 minit atau 1 minit atau lebih panjang, proses kelahiran telah bermula.
- Di dalam waktu ini juga air ketuban akan pecah. Air ketuban merupakan kantung amnion yang menutupi bayi di dalam kandungan ibu.
Sekiranya ibu merasakan waktu kelahiran hampir tiba, ibu digalakkan untuk bertenang dan berehat.
2. PERINGKAT KEDUA
Peringkat kedua bermula apabila serviks terbuka sepenuhnya dan kepala bayi bergerak ke bawah daripada rahim dan ke dalam faraj. Ibu dikehendaki untuk menolak bayi melalui saluran kelahiran. Fokus dan keazaman ibu amat penting pada waktu ini. Kelahiran bayi mungkin akan mengambil masa dari 30 minit hingga satu jam atau lebih lama. Proses ini juga boleh berpanjangan sekiranya ibu mengambil suntikan epidural.
3. PERINGKAT KETIGA
Di peringkat ini plasenta atau uri bayi akan keluar secara spontan. Ini mungkin mengambil masa 5 hingga 15 minit selepas kelahiran. Semasa menunggu, ibu boleh melakukan susuan pertama bayi dan membuat hubungan pertama kulit ke kulit dengan bayi. Alhamdulillah dan tahniah kerana kini anda seorang ibu!
0 comments:
Post a Comment