Anda sudah pasti mahukan baby yang sihat dan anda juga sihat sepanjang kehamilan. Mari kita lihat amalan pemakanan semasa mengandung.
Nasihat pemakanan
1) Elakkan memakan nenas
Nenas merupakan sumber makanan yang dikategorikan sebagai 'tajam' terutamanya di awal 3 bulan kelahiran. Amalan pemakanan nenas boleh membawa kepada keguguran.
2) Elakkan memakan pucuk/ulam yang melarat atas tanah (eontoh: ulam pegaga)
Ditakuti uri melekat di dalam rahim sewaktu bersalin.
3) Elakkan memakan ulaman berbau seperti petai dan jering di waktu hujung kehamilan
Ini boleh menyebabkan air ketuban berbau busuk.
4) Elakkan minum ais
Badan ibu hamil sering berasa panas dan asyik nak cari ais je nanti. Cuba elakkan ais kerana ia mampu melemahkan anggota badan
5) Jangan travel jauh-jauh di waktu awal 3 bulan kehamilan
Ditakuti rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.
Amalan Pemakanan Yang Elok Dilakukan
1) Perbanyakkan meminum air susu.
Kalsium dapat membina tulang dan gigi untuk ibu dan baby
2) Makan buah-buahan
Ibu akan banyak kekurangan serat lalu menghadapi masalah buang air besar. Dengan memakan buah-buahan, ia dapat membina serat dalam badan dan memudahkan proses kumbuhan
3) Makan dengan sedikit tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kehamilan
Bayi menjadi makin membesar dan akan menghimpit ruang usus menyebabkan kita merasa cepat senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
Ibu digalakkan untuk mengambil multivitamin, multimineral, protein, calcium, magnesium,acid folic, omega 3, dan zat besi kerana ini penting untuk khasiat ibu dan kandungannya
Ini merupakan beberapa amalan DO and DONT's yang perlu ibu hamil tahu.
Bagaimanapun ini bergantung kepada ketahanan ibu sendiri. Kami doakan semoga ibu-ibu hamil dipermudahkan oleh-Nya~
Home
»
»Unlabelled
» Tips Pemakanan Semasa Hamil
Thursday, 18 September 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment