Sunday 14 September 2014

Barang keperluan yang perlu dibawa ke hospital sebaiknya sudah disediakan 2 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin. Asingkan barang keperluan ibu dan bayi di dalam 2 beg berbeza. Sediakan senarai semak bagi memastikan tiada barang yang tertinggal.

Beg barang Ibu

  • Kad pengenalan
  • Kad pemeriksaan kesihatan kehamilan (buku merah)
  • Ubat-ubatan
  • Kad insurans kesihatan
  • Kelengkapan mandi: tuala, sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi
  • Selipar
  • Stoking
  • Tuala muka
  • Pakaian dalam
  • Al-Quran, telekung solat (untuk sebelum bersalin; selepas bersalin ibu dalam keadaan hadas besar iaitu darah nifas)
  • Bahan bacaan
  • Cermin muka
  • Bantal kecil
  • Gula-gula angin (hilangkan mual)
  • Telefon bimbit
  • Kain batik
  • Termos
  • Gelas
  • Air mineral
  • Makanan ringan; roti & biskut
  • Minuman segera (3 in 1)
  • Pakaian yang akan digunakan apabila pulang
  • Wang
Beg barang Bayi
  • Lampin
  • Selimut
  • Pakaian
  • Sarung tangan dan sarung kaki
  • Tuala
  • Bedak bayi
  • Minyak bayi
  • Tisu basah
Beg barang Bapa
  • Kamera
  • Bateri & pengecas
  • Pakaian
  • Makanan ringan
  • Bahan bacaan
Barangan yang tidak perlu dibawa:
  1. Barang kemas & berharga
  2. Wang yang banyak
  3. Kad kredit
  4. Beg tangan
Suasana dalam bilik bersalin
Ibu harus fokus terhadap kandungan. Ada hospital yang membenarkan suami turut mengalami detik kelahiran. Ibu akan dijaga oleh bidan atau pembantu.

0 comments:

Post a Comment