Wednesday 17 September 2014



JITRA,8 Feb(HPM)—Pengambilan makanan berserat bukan hanya menyebabkan anda berasa kenyang dan melancarkan  proses pencernaan, tetapi serat juga ejen mudah melawan pelbagai jenis penyakit.
Serat bukan hanya membantu mengatasi masalah diabetes tetapi juga menjadi egen pencegahan yang berkesan.
Diet kaya serat terbukti mampu mengurangkan risiko diabetes sehingga 28%, sedangkan makanan yang rendah serat akan meningkatkan risiko wanita dalam mendapatkan diabetes jenis 11.
Institusi  Kanser Kebangsaan dalam kajiannya mendapati lebih kurang 1/3 kematian akibat kanser disebabkan oleh tabiat pemakanan.
Menurut kajian tersebut,diet rendah lemak dan tinggi serat seperti gandum,buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko beberapa kanser terutamanya kanser usus.
Buasir atau vena yang membengkak dibahagian bawah mengembang ketika proses meneran semasa proses membuang air besar.
Mengambi l makanan kaya serat serta minum air boleh mencegah dan menjauhkan buasir serta dapat menghasilkan najis lembut yang membolehkan sistem pencernaan berlaku dengan mudah.

0 comments:

Post a Comment